July 25, 2016

2016


Selamat hari raya ^_^

Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive
-Photograph (Ed Sheeran)
 

I love you husband :)

June 29, 2015

Hantaran Kahwin : HIM TO HER


marathon blogging namanya ni.
stress pk gst -_____-


mas kahwinku! still simpan. sayang nak guna. huhu


jam yg hilang bersama-sama cincin tunang aku T_T
husband nak belikan yg baru. mana samaaaaa.
sentimental value ni.
time hilang tu jgn cakaplah nangis teruk-teruk punya.
siap jumpa imam surau tu mintak tlg dia announcekan
kalau ada siapa2 terjumpa pulangkan balik.
nak buat camne dah takde rezeki.
lepas kejadian mmg kalau cabut cincin & jam terus masuk handbag.
jangan tinggal dekat tempat amik wudu' tu.
pengajaran ni!


mula nak handbag tapi pk nanti gedabak beso je handbag atas dulang tu
terus tukar wrislet je. bagus kan aku. haha


kek ni comel sangat! sangat comel. rasa pun sedap! xtau tempah ktne.
ni kakak husband yg tempah.


puas aku meronda scm ngn sunwatytakde yg berkenan.
last-last flatshoes jugak jadi pilihan hati. hehe


hantaran husband bagi kat aku ni pun kak piqa yg gubahkan.
sila lah jengah ig fiddlefighantaran

banyak lagi benda nak review ni.
malam2 kang la plak. sekian~

Hantaran Kahwin : HER TO HIM


mood tengah rajin nak buat review.
padahal GST return may belum submit.
esok due date woi! zzzzzzz -_-

merujuk gambar di atas tulah hantaran aku bagi kt husband.
gubahan hantaran by sepupu husband.
seyesly sangat puas hati. sengih lebar bila nampak hantaran depan mata tu.
sape yg nak tempah ngn kak piqa boleh pegi usyar ig dia.
sila klik link bawah ni.


tafsir pilih color purple ikut selera sendiri ^_^


cincin husband baru pakai 3 hari dah hilang T_T
cincin tunang aku plak cukup setahun hilang.
tertinggal kat surau. esok dtg balik dah takde.
bergenang air mata teringat cincin tu. uwaaaaaa!! 


kek ni tempah ngn ex-officemate, kak Sally.
cantik kan? sangatlah cantik sampai dah takyah hias-hias dah haaaa.
sape nk tempah boleh usyar fb kak Sally ni. harga boleh runding.
cehh mandai je aku! klik bawah ni.


perfume set sponsor by abang ipar husband. jimat duit >_<



haaa time ni husband tengah gila ps vita. dapat je mengadap vita tu 24 jam.


kemeja murah aje. asal boleh pakai nampak smart je laki aku.


belikan barang lelaki paling senang. xbanyak songeh. hehe


so kesimpulannya cantik kan gubahan2 hantaran kak piqa buatkan.
lagi 1 bila nk beli hantaran xyahla dok pk nak yg branded nak yg mahal.
asalkan yg memberi ikhlas. xmembazir. confirm happy je tgok hantaran tu nanti :)

ok tunggu review hantaran husband bg kat aku plak ye.


I'm back!


Ohhh rindunya nk berblogging.
setahun xmenjenguk!
nampak x busy menjadi isteri solehah gitu. hahahaha
1 year full of laughter & tears.
Alhamdulillah for all those beautiful memories.

start harini berazam nak berblogging balik.
buat review pape yg patut.
meluah pape yg patut.
personal diary kan. baca balik post2 lama gelakkan diri sendiri!
hahahaha

till next post. daaaaa

makin sihat sejahtera! isteri sape lah ni.

June 26, 2014

Indah


believe me, kahwin tu mmg indah :)
lagi-lagi bila first time solat berjemaah. nak mengalir air mata masa tu.
no words can describe how much i love this person.

semoga kami sama-sama kuat menempuh pasang surut hidup berumah tangga.
amin...



photos credit to Azlan Kasim A Visualizer


June 13, 2014

Yus Dah Kahwin !


Hi blog ku!

Saya kini bergelar puan Yusrianna. Alhamdulillah~


After almost 8 years of knowing each others & 3 years of dating,
i can finally call him "suamiku" kihkih ;)

7 Jun 2014
terima kasih ya Allah atas nikmatMu.
semoga masjid yg dibina kekal teguh sampai syurga. amin...
selamat melayari bahtera rumah tangga Yus!




February 8, 2014

Courage



To breathe, to think, to struggle, and to overcome challenges in the pursuit of the things i love.  
Yes, sometimes i will encounter heartache along the way, 
but that’s a small price to pay for immeasurable moments of love and joy. 
Be strong. Be happy & enjoy the moments Yusrianna!
wish me luck for my wedding preparation :) 

*handbouquet by Nad on my engagement day. lovely!

 

January 19, 2014

Review : DIY Mini Pelamin


lepas sebulan tunang baru nk kuar review tunang yg kedua kan.
biasalah yus mmg suka hangat-hangat taik itik. Haha

so kali ni nak review mini pelamin plak ye.
disebabkan aku nak menjimatkan kos kononnye,
aku pn sewa lah barang-barang dari Your DIY Project Supplies.


setelah aku survey dgn gigihnye yg ni lah 
paling murah rental barang-barang nya.
korang boleh amik pakej RM160 siap semua yg diperlukan
utk korang DIY mini pelamin korang sendiri.


macam aku sbb gedik xnak duduk atas bantal ottoman tu.
so aku tambah rental kerusi kat bawah ni dgn harga RM130.
so total up RM160+RM130=RM290
trus jadi mahal. konon nk jimat sgt kan. haha


setelah menelek aku jumpalah 1 pelamin DIY sbg sumber inspirasi aku.
ini hasil salah sorang customer Your DIY Project Supplies tu.


berbekalkan gambar ni sbg rujukan aku pn mengerah
tenaga yg ada mlm sblm tunang tu utk pasang pelamin aku.
kira aku mcm supervisor jelah. tgok je dr jauh. wahahaha


penyumbang tenaga yg first. Adi tolong pasangkan backdrop.


itu dia Darwish & Abg Azri penyumbang paling penting dlm terhasilnya pelamin aku.
terima kasih korangggg!

so so so inilah hasil titik peluh mereka. aku sukaaa!



nampak tak 2 bebola kecik tergantung kat atas tu.
tu namanya DIY pomander ball.
10% hasil tangan aku & lagi 90% hasil tangan incik amin.
nasib tunang aku tu boleh diharap. hehe



ni masa in progress pomander ball. comel kan guna kertas crepe.
nanti kalau rajin aku review pasal ni plak.

haaa terlupa plak nak cite.
kalau korang nk sewa barang-barang ni pastikan ada kereta yg bersaiz besar.
aku angkut dgn kete savvy oren incik amin.
abis calar balar cermin kereta dia.
xsangka plak jackset stand tu panjang gila.
walaupun adjustable lipat-lipat tp still panjang jgk.
buat yg xtau 'jackset stand' tu ialah besi utk pasang backdrop tu.
supaya xpayah la korang tebuk lubang dinding rumah korg.

lepas tu set rental DIY RM160 tu dapat 2 biji je pasu bunga.
aku rasa mcm kosong je kalau 2 je so pegi nilai 3 belilah pasu kaca & bunga artifiical.



so mama lah jadi penggubah bunga nye.
lagi skali aku jadi supervisor je.
best! best! kihkih..

so setakat ini dulu lah review kalini.
nak pegi melantak nasi kerabu.
ok bye!

December 19, 2013

Review : Hantaran Pertunangan



 pictures credit to cikaqila :)
the price much more cheaper compared to current market.
those yg area pasir gudang & jb boleh la contact Nad.
Link to her fb, you can click here

untuk pengetahuan dulang & alas dulang tu aku punya sendiri.
dulang ada 5 yg abang pnya masa dia kawin dulu.
so aku just beli lagi 2 la utk tunang aku haritu.

alas dulang plak gigih cari kain satin & kain organza kt jakel.
then upah potong & jahit tepi kt tailor.
tapi mmg puas hati sbb lagi murah dr kau beli yg dah siap jahit.
warna pn boleh ikot suka hati kita.
so choose wisely ok!

1. sirih junjung
made from fresh orchid & daisy but those sirih aritificial punya je ok.
xkuasa aku nk pegi mencari pokok sirih.

2. kain baju melayu
i just love the color of those roses & daisies so much!
great color combination.
thanks again Nad, si penggubah.
kain ni akan diguna utk nikah kitorang nnt.
insyaAllah..

3. sejadah
masa cuti raya haji haritu balik kuantan 
then pegi lah cari sejadah ni. 
mula2 menyesal jgk sbb warna mcm xkena je ngn tema hantaran.
ada terpk nak beli lain tp sayang duit. hahaha..
tp tgok Nad gubah cantik je jadinya. suka2!

4. kemeja
kemeja mmg fevret beli kt brands outlet je.
murah dan ok sgt design dia.
buy 1 free 1 tu. lagi sehelai yg incik amin pakai masa tunang tu. hehe
harga tu xpenting. yang pntg keikhlasan memberi.
gituuu!

5. cupcakes
sponsored by sahabat sygku, atoy. thank yuu darl!
xsempat nk telek lebih2 sbb hantaran ni smp masa aku tgh make up.
turun bawah dah kena sarung cincin
lepas tu hantaran dah dibawak pergi oleh famili incik amin.
sedihhh jgk xsempat bergambar dgn hantaran.
so moral of the story, pastikan MUA korang smp awal!

6. rainbow cookies
rainbow cookies ni aku beli cod dgn Lyana.
korang boleh search kat instagram yaypeach
korang boleh request color ikot kehendak korang.
puas hati sbb color cookies tu sgt lovely mcm kt bawah ni


7. buah-buahan
buah-buah ni beli sehari sblm majlis tu kt Kipmart Masai.
aku pilih anggur & epal hijau.
takyah la letak macam2 jenis sgt sbb nnt jd crowded
and hantaran korang less attractive.

so cukuplah 7 hantaran yg aku bagi untuk incik amin.
nanti review hantaran incik amin bg kat aku plak.
tengah tggu gambar dari photographer ni.

ok then till next entry :)